Inilah serba sedikit deskripsi dari Encik pengacara majlis hari tu dan monster tambah2 sikit ye:
Pernah menyertai kursus kepimpinan unit beruniform peringkat daerah,perkhemahan bersepadu 1Malaysia peringkat negeri,perkhemahan KRS dan NGO peringkat daerahß yang nie monster tak tahu kenape leh join sedangkan monster ni ahli kadet polis..hurm..hanya Tuhan saja mengetahui kesahihannya.Terpilih untuk mewakili sekolah dalam perkhemahan kor kadet polis peringkat negeri di SMK Kemena,Bintulu dan dengan izin Allah S.W.T,monster telah terpilih untuk menyertai perkhemahan kor kadet polis peringkat kebangsaan,Zon Borneo,Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya(sambungan dari perkhemahan peringkat negeri).Alhamdulillah jugak sebab monster berjaya membawa pulang 3 pingat gangsa buat negeri Sarawak melalui aktiviti2 yang dijalankan semasa perkhemahan.Terima Kasih jugak bagi semua pihak terutamanya pihak sekolah kerana telah memberi kepercayaan kepada monster untuk mewakili sekolah dalam perkhemahan tersebut..inilah dia gambar trofi anugerah tersebut
Itulah serba sedikit cerita perjalanan monster sebagai budak ‘hyper’ kan??haish..
Dalam busy2 join perkhemahan,monster pun ada jugak satu tugas yang istimewa dan berat bagi monster pikul dari tingkatan 2 sampailah tingkatan 5..tugas tu adalah pengawas sekolah..Bermula dari tingkatan 2 jadi budak biasa jerk sebab masih baru lagi kan?jadi ahli biasa dalam biro disiplin.naik tingkatan 3,jadi assistant ketua biro disiplin pulak..tingkatan 4 dan 5 barulah monster jadi taikonyer..haha..alhamdulillah jugak lah dapat pikul amanah yang jarang2 orang boleh dapat kan?jadi pengawas ni kadang2 buat orang bengong jugak kan sebab kena jadi mata2 n telinga kedua buat cikgu2 kat sekolah terutamanya cikgu disiplin..pengawas dilantik untuk jadi mata2 bukan sebab apa,pengawas la yang paling dekat dengan budak2 sekolah kan??haiyoo..monster cerita panjang lebar pulak..haha..sori2.. J.
Belum habis lagi cerita monster nih..ada lagi sambungan dalam bahagian ketiga..nantikan..adios J peace J
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.